Monday, May 16, 2011
Thursday, May 12, 2011
Wednesday, May 4, 2011
PAPAN TANDA PELBAGAI ARAH
Papan tanda yang didirikan ini digunakan sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran untuk pelajar SKBS. bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab digunakan. Diharapkan pelajar akan lebih menguasai bahasa-bahasa utama ini. Tahniah kepada Panitia P.Islam,guru j-QAF dan yang memberikan idea membangunkan mercu tanda baru ini. terima kasih.
Mak Aiii... Tekojot Den..............
Bilik Guru bertukar wajah lebih ceria dan tersusun... tahniah kepada AJK Bilik Guru dan Semua guru SKBS yang sama-sama menceriakannya... Terima Kasih.
Pejabat pun bertukar wajah... tahniah dan terima kasih kepada semua staff yang sama-sama mencantik dan menceriakan pejabat sekolah...
Tuesday, May 3, 2011
TAHNIAH
KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON 2A - 03.05.2011 di SK P.Berangan
1. BERCERITA TAHAP 1 - JOHAN
2. BERCERITA TAHAP 2 - KETIGA
3. PIDATO - KEDUA
Tahniah kepada peserta SKBS.. Terima kasih dan tahniah juga kepada jurulatih, pengurus, juruhantar, juruiring,penyokong yang berusaha mencapai kejayaan ini.... Alhamdulillah, syukur.
1. BERCERITA TAHAP 1 - JOHAN
2. BERCERITA TAHAP 2 - KETIGA
3. PIDATO - KEDUA
Tahniah kepada peserta SKBS.. Terima kasih dan tahniah juga kepada jurulatih, pengurus, juruhantar, juruiring,penyokong yang berusaha mencapai kejayaan ini.... Alhamdulillah, syukur.
TAHNIAH
Tahniah kepada pasukan Choral Speaking SKBS kerana telah menjadi Johan Peringkat PKG Bukit Payung. Pertandingan telah diadakan pada 2 Mei 2011 bertempat di SK Wakaf Tapai. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua krew yang terlibat, daripada jurulatih,pengurus,juruchara ke budak,penyokong,pengiring dan semua warga SKBS yang mendoakan kejayaan kita. Tahniah dan Syukur Alhamdulillah...
Thursday, April 28, 2011
FESTIVAL NASYID SEKOLAH2 DAERAH MARANG, 2011
Kategori sekolah menengah
Johan - SMK(A) Durian Guling
N.Johan - SM Agama Marang
Ketiga - SMK Bukit Sawa
Kategori sekolah rendah
Johan - SK Bukit Payong
N.Johan - SK Rusila
Ketiga - SK Bukit Sawa
Tahniah kepada peserta SK Bukit Sawa, terima kasih kpd semua jurulatih, pengurus,penyokong,juruhantar dan lain-lainnya....
Tuesday, April 26, 2011
TAHNIAH
26 April 2011-Dewan SK Marang - Pertandingan Story telling,Action song dan Public speaking telah diadakan sempena Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Marang.SK Bukit Sawa telah mewakili Zon 2A bagi ketiga-tiga acara.Keputusannya kita berjaya menjadi Juara bagi pertandingan action Song dan Public speaking dan menjadi Naib Juara bagi pertandingan Story Telling. Tahniah kepada anak-anak yang mewakili SKBS kerana telah menaikkan nama sekolah. Mereka akan mewakili Daerah Marang ke karnival peringkat negeri yang bakal diadakan di Daerah setiu. Terima kasih dan tahniah juga kepada semua jurulatih, pengurus, juruiring,jurusolek,jurusemangat,jurupandu,tukang hantar,yang mendoakan kejayaan,semua warga SKBS... terima kasih.. Tahniah..Tahniah...Tahniah.... anda memang berani!!!
Monday, April 25, 2011
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSD MARANG (24-25 APRIL 2011)
SK Bukit Sawa telah menyertai pertandingan Bola Tampar peringkat MSSD Marang yang berlangsung di gelanggang bola tampar SK Rusila, Marang. Bagi kategori lelaki pasukan BS telah menang satu perlawanan dan kalah satu perlawanan, dan gagal ke peringkat seterusnya berdasarkan perbezaan mata. Manakala bagi kategori perempuan pasukan BS telah menang dengan pasukan SK Merchang dan kalah kepada pasukan SK Seberang Marang, juga gagal kepusingan seterusnya. bagaimanapun tahniah kepada pasukan BS kerana telah berusaha untuk mencapai kemenangan. Terima kasih kepada jurulatih,pengurus,juga terima kasih kepada pengiring,pemandu,penyokong,pemberi semangat dan lain-lainmya kerana telah berusaha membantu pasukan. Tahun depan kita johan.......anda berani!!!!!
Wednesday, April 20, 2011
KEMPEN BAHASA INGGERIS ZON 2A
19 April 2011 - Dewan SK Pdg Mengkuang - SK Bukit Sawa telah menyertai pertandingan tersebut. Keputusannya
1. Bercerita dlm Bahasa Ingg - Johan
2. Syarahan dlm Bahasa Ingg - Johan
3. Action Songs - Naib Johan
SKBS akan mewakili Zon bagi ketiga-tiga kategori. Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta, tidak lupa juga kpd jurulatih dan pengurus yg tdk jemu melatih peserta. TQ juga kpd jusolek dan judandan peserta. Moga kita berjaya di peringkat daerah....
1. Bercerita dlm Bahasa Ingg - Johan
2. Syarahan dlm Bahasa Ingg - Johan
3. Action Songs - Naib Johan
SKBS akan mewakili Zon bagi ketiga-tiga kategori. Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta, tidak lupa juga kpd jurulatih dan pengurus yg tdk jemu melatih peserta. TQ juga kpd jusolek dan judandan peserta. Moga kita berjaya di peringkat daerah....
Subscribe to:
Posts (Atom)