COUNTDOWN TO UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2015, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

TARIKH UPSR : 08 - 10 SEPTEMBER 2015
(TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN)

Thursday, April 28, 2011

FESTIVAL NASYID SEKOLAH2 DAERAH MARANG, 2011



28 April 2011-Dewan SMK Seri Serating: Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Daerah Marang telah berjalan dengan meriahnya dan keputusannya;

Kategori sekolah menengah

Johan - SMK(A) Durian Guling
N.Johan - SM Agama Marang
Ketiga - SMK Bukit Sawa

Kategori sekolah rendah

Johan - SK Bukit Payong
N.Johan - SK Rusila
Ketiga - SK Bukit Sawa

Tahniah kepada peserta SK Bukit Sawa, terima kasih kpd semua jurulatih, pengurus,penyokong,juruhantar dan lain-lainnya....

Tuesday, April 26, 2011

TAHNIAH







26 April 2011-Dewan SK Marang - Pertandingan Story telling,Action song dan Public speaking telah diadakan sempena Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Marang.SK Bukit Sawa telah mewakili Zon 2A bagi ketiga-tiga acara.Keputusannya kita berjaya menjadi Juara bagi pertandingan action Song dan Public speaking dan menjadi Naib Juara bagi pertandingan Story Telling. Tahniah kepada anak-anak yang mewakili SKBS kerana telah menaikkan nama sekolah. Mereka akan mewakili Daerah Marang ke karnival peringkat negeri yang bakal diadakan di Daerah setiu. Terima kasih dan tahniah juga kepada semua jurulatih, pengurus, juruiring,jurusolek,jurusemangat,jurupandu,tukang hantar,yang mendoakan kejayaan,semua warga SKBS... terima kasih.. Tahniah..Tahniah...Tahniah.... anda memang berani!!!

Monday, April 25, 2011

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSD MARANG (24-25 APRIL 2011)




SK Bukit Sawa telah menyertai pertandingan Bola Tampar peringkat MSSD Marang yang berlangsung di gelanggang bola tampar SK Rusila, Marang. Bagi kategori lelaki pasukan BS telah menang satu perlawanan dan kalah satu perlawanan, dan gagal ke peringkat seterusnya berdasarkan perbezaan mata. Manakala bagi kategori perempuan pasukan BS telah menang dengan pasukan SK Merchang dan kalah kepada pasukan SK Seberang Marang, juga gagal kepusingan seterusnya. bagaimanapun tahniah kepada pasukan BS kerana telah berusaha untuk mencapai kemenangan. Terima kasih kepada jurulatih,pengurus,juga terima kasih kepada pengiring,pemandu,penyokong,pemberi semangat dan lain-lainmya kerana telah berusaha membantu pasukan. Tahun depan kita johan.......anda berani!!!!!

Wednesday, April 20, 2011

KEMPEN BAHASA INGGERIS ZON 2A


19 April 2011 - Dewan SK Pdg Mengkuang - SK Bukit Sawa telah menyertai pertandingan tersebut. Keputusannya
1. Bercerita dlm Bahasa Ingg - Johan
2. Syarahan dlm Bahasa Ingg - Johan
3. Action Songs - Naib Johan
SKBS akan mewakili Zon bagi ketiga-tiga kategori. Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta, tidak lupa juga kpd jurulatih dan pengurus yg tdk jemu melatih peserta. TQ juga kpd jusolek dan judandan peserta. Moga kita berjaya di peringkat daerah....

Monday, April 18, 2011

KEJOHANAN BOWLING GURU-GURU DAN KAKITANGAN SKBS

Kejohanan boling akan diadakan pada 14.05.2011, bertempat di Pusat Bowling ASTAKA. Acara yang dipertandingkan ialah

1. Keseluruhan Lelaki
2. Keseluruhan Perempuan
3. Longkang Bowl terbaik

Selamat bertanding

Sunday, April 17, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL



Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah diadakan untuk meraikan kejayaan pelajar dalam

1. Pertandingan Smart English peringkat PKG Bukit Payung
2. Menjadi Naib Johan Bola Baling (L) MSSD Marang 2011
3. Pertandingan bola tampar antara rumah peringkat sekolah.

BS Terus Maju.....

PROGRAM MENTOR-MENTEE CALON UPSR 2011


Moga target UPSR kita tercapai tahun ni. GPS 1.89, Min C 89.22%, E tiada, 5A 64.. insyaAllah.. yg penting usaha dan cuba, tiada mengalah dan cepat penat, tiada diminda perkataan putus asa. Untuk pelajar Belajar, Buat latihan dan Ulangkaji tanpa jemu.....

banyak lagi gambarnya, tak larat nak menguploadnya. lain kali pulaklah ya.

Saturday, April 16, 2011

PERTANDINGAN BOLING WARGA SKBS

Perhatian kepada semua warga SKBS. Pertandingan boling kategori lelaki dan wanita akan diadakan' Sila berhubung dengan Cikgu Amir sebagai pengarah urusan pertandingan ini. Pertandingan terbuka kepada warga SKBS sahaja.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG









16 April 2011-8.00pg - Aktiviti gotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah telah berjaya diadakan dengan penglibatan guru-guru, kakitangan sokongan dan swasta dan sebahagian AJK PIBG. Kawasan hadapan sekolah menjadi target utama untuk diindahkan, selain itu sebanyak 30 pohon buah-buahan turut ditanam. Semangat kerjasama warga SKBS sangat dihargai dan terima kasih daun keladi, lain kali tolong lagi. Terima kasih kepada Pak Mansur kerana sponser makan minum, juga kepada En. Mazlan yang membantu mendapatkan anak pokok buah-buahan. Terima Kasih Semua.....