COUNTDOWN TO UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2015, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

TARIKH UPSR : 08 - 10 SEPTEMBER 2015
(TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN)

Thursday, December 20, 2012

Masih ada 7 orang yg belum key-in cap jari.

Monday, December 17, 2012

MESY AJK INDUK

24/12/2012 - MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM, HEM DAN KOKURIKULUM. AJK YG TERLIBAT MASIH MENGIKUT JAWATANKUASA 2012. PK2 SILA AMBIL TINDAKAN.
MESYUARAT GURU : 27/12/2012 (Khamis) - 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKBS

TAKLIMAT PPPM dan MMI : 31/12/2012 (Isnin) - 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKBS

Thursday, December 6, 2012

Kisah RASULULLAH SAW Dengan Pengemis Yahudi


Cerita seorang pengemis buta berbangsa Yahudi, menghabiskan hari-harinya dengan mengemis di pasar yang terletak di Madinah. Setiap hari ia akan mecaci Rasulullah kononnya katanya Muhammaditu gila, Muhammad itu pendusta dan banyak lagi kepada setiap orang yang melintasinya. 
Namun setiap pagi Nabi Muhammad SAW mendatanginya dengan membawakan makanan dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. 
Suatu pagi Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a (isteri Rasulullah SAW), dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakanda, adakah lagi sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?" Jawab Aisyah r.a, "Wahai ayahandaku,engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja." "Apakah satu perkara itu? Khabarkan kepada ayahanda," Kata Aisyah r.a "Setiap pagi Rasulullah SAW akan selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana."
Esoknya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa  makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Ketika Abu Bakar r.a mula menyuapnya, si pengemis itu marah lalu terus mengherdik, "siapakah kamu?"
"Aku orang yang biasa menyuapmu makan setiap hari."' 
"Bukan! engkau bukanlah orang yang biasa menyuapku makan,"bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku,tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini menguyah.Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapku, tetapi dia selalu terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu barulah ia berikan padaku," pengemis itu menerang dengan panjang lebar.
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu,"Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW!!"
Seketika itu juga pengemis tersebut pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? selama iniaku selalu menghinanya,memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikit pun, dia datang kepadaku dengan membawa makanan setiap pagi, dia bukan manusia, dia malaikat!!... Dia begitu mulia!"
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar r.a saat itu juga...





Hari ni ; 6/12/2012 - Sebahagian daripada guru berpakat menyusun dan mengemas bilik Alatan Mengajar, Bilik Gerakan UPSR, Bilik Tayangan dan Bilik j-QAF. Bilik Guru menunggu masa, menghitung hari...

Wednesday, December 5, 2012

Masak Bubur asyura


Kakitangan SKBS telah bergotong royong memasak bubur asyura pagi tadi (5/12/2012). Setiap tahun aktiviti ini tidak pernah terlepas setakat ini.
Selamat Bergotong-Royong Khamis Ni -6/12/12

Tuesday, December 4, 2012

Cap Jari

Ada 12 orang lagi cikgu yang belum key-in cap jari untuk kedatangan 2013, sila ambil tindakan segera.

Terkini : Tinggal 9 orang lagi

DATA DAN MAKLUMAT e-PROFIL

Proses pengemaskinian SPLG dan e-PROFIL masih terus dibuka bagi membolehkan pengemaskinian dilaksanakan secara online.Sebarang ketidak akuran kepada surat siaran KP(BPG)9203/1/2/29Jld.2(19) dan Jld.2(18) adalah menjadi TANGGUNGJAWAB setiap INDIVIDU.
Sila Pastikan data dan maklumat e-Profil Tuan/Puan telah dikemas kini dengan lengkap.

Item yg perlu dikemaskini dan disemak adalah

1. Profil 1 atau Profil 2
2. Pengalaman Perkhidmatan
3. Anugerah/ Pengiktirafan
4. Sumbangan Profesional
5.Sumbangan bukan profesional
6. Gambar

Sila akses http://apps1.moe.gov.my/splg/

login modul individu dan klik pada e-profile. Sila kemaskini maklumat yg berkaitan dan tekan butang hantar disetiap 'page'.

BAND PBS


Makluman utk guru2 tahun 1 dan 2 2012:
Harap dapat siapkan analisis band tertinggi yg dicapai oleh murid bagi setiap subjek dan kelas yang diajar sebelum 20hb Disember 2012 utk di key-in oleh penyelaras kssr. Analisis yg sudah disiapkan bolehlah diletakkan dlm 'kotak analisis kssr 2012' atas meja Cg.Zaleha di bilik guru.. kerjasama semua guru yg terlibat sgt2 diharapkan

Monday, December 3, 2012


 Terima Kasih kepada guru yang prihatin, sama-sama membantu menyediakan kemudahan prasarana sebelum sekolah dibuka pada 1.1.2013
Menyiapkan bilik gerakan UPSR,BBM,Tayangan dan j-QAF.
Banyak lagi pertolongan diperlukan, marilah kita saling membantu.

2013 TAHUN MENCABAR SKBS

MENGHADAPI CABARAN 2013....

SPPBS

Dimaklumkan bahawa SPPBS telah ditutup untuk kemasukan prestasi.
Walau bagaimanapun, sistem akan dibuka mulai 10 Disember 2012 sehingga 17 Disember 2012 untuk cetakan pelaporan sahaja.
Sir Ro, Abang Tua SKBS yg tak pernah berkira dan sentiasa membantu rakan-rakan yang lain.
PERHATIAN KEPADA GURU-GURU SKBS YG PRIHATIN DAN HEBAT

Kerja-kerja mengubahsuai dan memindah pelbagai alatan sedang berjalan sekarang. Melibatkan bilik j-QAF, Bilik Gerakan UPSR, Bilik Alatan Tahap 1 dan 2, dan Bilik Tayangan. Mana-mana guru SKBS yg ingin membantu, dialu-alukan utk datang ke sekolah. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi : j-QAF(Ust Yazi), BBM(cg Zaleha),B.Tayangan(cg. Nizam), B.Gerakan UPSR(cg Maizatun).
Keprihatinan anda kelangsungan kpd kemajuan sekolah.