Monday, December 17, 2012
MESY AJK INDUK
24/12/2012 - MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM, HEM DAN KOKURIKULUM. AJK YG TERLIBAT MASIH MENGIKUT JAWATANKUASA 2012. PK2 SILA AMBIL TINDAKAN.
Thursday, December 6, 2012
Kisah RASULULLAH SAW Dengan Pengemis Yahudi
Cerita seorang pengemis buta berbangsa Yahudi, menghabiskan hari-harinya dengan mengemis di pasar yang terletak di Madinah. Setiap hari ia akan mecaci Rasulullah kononnya katanya Muhammaditu gila, Muhammad itu pendusta dan banyak lagi kepada setiap orang yang melintasinya.
Namun setiap pagi Nabi Muhammad SAW mendatanginya dengan membawakan makanan dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Suatu pagi Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a (isteri Rasulullah SAW), dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakanda, adakah lagi sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?" Jawab Aisyah r.a, "Wahai ayahandaku,engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja." "Apakah satu perkara itu? Khabarkan kepada ayahanda," Kata Aisyah r.a "Setiap pagi Rasulullah SAW akan selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana."
Esoknya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Ketika Abu Bakar r.a mula menyuapnya, si pengemis itu marah lalu terus mengherdik, "siapakah kamu?"
"Aku orang yang biasa menyuapmu makan setiap hari."'
"Bukan! engkau bukanlah orang yang biasa menyuapku makan,"bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku,tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini menguyah.Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapku, tetapi dia selalu terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu barulah ia berikan padaku," pengemis itu menerang dengan panjang lebar.
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu,"Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW!!"
Seketika itu juga pengemis tersebut pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? selama iniaku selalu menghinanya,memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikit pun, dia datang kepadaku dengan membawa makanan setiap pagi, dia bukan manusia, dia malaikat!!... Dia begitu mulia!"
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar r.a saat itu juga...
Wednesday, December 5, 2012
Masak Bubur asyura
Kakitangan SKBS telah bergotong royong memasak bubur asyura pagi tadi (5/12/2012). Setiap tahun aktiviti ini tidak pernah terlepas setakat ini.
Tuesday, December 4, 2012
DATA DAN MAKLUMAT e-PROFIL
Proses pengemaskinian SPLG dan e-PROFIL masih terus dibuka bagi membolehkan pengemaskinian dilaksanakan secara online.Sebarang ketidak akuran kepada surat siaran KP(BPG)9203/1/2/29Jld.2(19) dan Jld.2(18) adalah menjadi TANGGUNGJAWAB setiap INDIVIDU.
Sila Pastikan data dan maklumat e-Profil Tuan/Puan telah dikemas kini dengan lengkap.
Item yg perlu dikemaskini dan disemak adalah
1. Profil 1 atau Profil 2
2. Pengalaman Perkhidmatan
3. Anugerah/ Pengiktirafan
4. Sumbangan Profesional
5.Sumbangan bukan profesional
6. Gambar
Sila akses http://apps1.moe.gov.my/splg/
login modul individu dan klik pada e-profile. Sila kemaskini maklumat yg berkaitan dan tekan butang hantar disetiap 'page'.
Sila Pastikan data dan maklumat e-Profil Tuan/Puan telah dikemas kini dengan lengkap.
Item yg perlu dikemaskini dan disemak adalah
1. Profil 1 atau Profil 2
2. Pengalaman Perkhidmatan
3. Anugerah/ Pengiktirafan
4. Sumbangan Profesional
5.Sumbangan bukan profesional
6. Gambar
Sila akses http://apps1.moe.gov.my/splg/
login modul individu dan klik pada e-profile. Sila kemaskini maklumat yg berkaitan dan tekan butang hantar disetiap 'page'.
BAND PBS
Makluman utk guru2 tahun 1 dan 2 2012:
Harap dapat siapkan analisis band tertinggi yg dicapai oleh murid bagi setiap subjek dan kelas yang diajar sebelum 20hb Disember 2012 utk di key-in oleh penyelaras kssr. Analisis yg sudah disiapkan bolehlah diletakkan dlm 'kotak analisis kssr 2012' atas meja Cg.Zaleha di bilik guru.. kerjasama semua guru yg terlibat sgt2 diharapkan
Harap dapat siapkan analisis band tertinggi yg dicapai oleh murid bagi setiap subjek dan kelas yang diajar sebelum 20hb Disember 2012 utk di key-in oleh penyelaras kssr. Analisis yg sudah disiapkan bolehlah diletakkan dlm 'kotak analisis kssr 2012' atas meja Cg.Zaleha di bilik guru.. kerjasama semua guru yg terlibat sgt2 diharapkan
Monday, December 3, 2012
PERHATIAN KEPADA GURU-GURU SKBS YG PRIHATIN DAN HEBAT
Kerja-kerja mengubahsuai dan memindah pelbagai alatan sedang berjalan sekarang. Melibatkan bilik j-QAF, Bilik Gerakan UPSR, Bilik Alatan Tahap 1 dan 2, dan Bilik Tayangan. Mana-mana guru SKBS yg ingin membantu, dialu-alukan utk datang ke sekolah. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi : j-QAF(Ust Yazi), BBM(cg Zaleha),B.Tayangan(cg. Nizam), B.Gerakan UPSR(cg Maizatun).
Keprihatinan anda kelangsungan kpd kemajuan sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)