Wednesday, July 31, 2013
Rangsang kemahiran berfikir aras tinggi
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.
Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom, HOTS merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS) iaitu memahami dan menghafal.
Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global.

CUTI RAYA + PERTENGAHAN PENGGAL
SELAMAT BERCUTI
04 OGOS HINGGA 17 OGOS 2013
Cuti ganti ialah pada 24 Ogos 2013
ORANG LAMA YANG MASIH POWER
31/07/2013 - Cikgu Rasid orang lama yang masih power sedang menyiapkan sudut penerangan PBS sekolah dibantu oleh guru-guru lain. Sudut ini diharapkan akan memberi info yang lebih jelas kepada semua tentang perjalanan PBS.
PEMANTAUAN PERJALANAN LINUS OLEH JEMAAH NAZIR
28/07/2013 (AHAD) Rombongan jemaah Nazir seramai enam orang telah hadir ke SKBS untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan perjalanan LINUS di SKBS. Terima Kasih dengan input-input terbaru yang diberikan oleh Jemaah Nazir.
Thursday, July 25, 2013
MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN KELAB GURU SKBS
24/07/2013 - Kelab Guru dan Kakitangan SKBS telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa dengan jayanya.
Tuesday, July 23, 2013
KURSUS PERLUASAN DAN PEMANTAPAN PENGGUNAAN FROG-vle SIRI 1
23/7/2013 - Kursus perluasan penggunaan FROG-vle telah diadakan di Makmal Komputer SKBS. InsyaAllah siri kedua akan menyusuri minggu depan di mana sebahagian lagi guru akan didedahkan dengan FROG-vle secara lebih mantap dan berfokus.
MENUNTUT ILMU
Janganlah engkau katakan hari-hari telah berlalu dan kesempatan telah hilang
kerana setiap yang berjalan, lambat laun akan sampai.
Teruslah menuntut ilmu, dan jangan sampai merasa tidak mampu
tidakkah engkau perhatikan, air mampu membelah batu.
Menuntut ilmu bukanlah perkara yang mudah, sebab ia memerlukan proses yang cukup panjang serta penuh dengan rintangan, yang tidak akan berhasil melaluinya kecuali orang-orang yang sabar.
Wahai guru, sesungguhnya orang-orang pandai di kalangan golongan pendidik berkata: " Sesungguhnya anda tidak akan mampu mengajar seorang manusia selagi anda belum melaksanakan apa yang anda ajarkan."
Berlemah lembutlah dalam mengajar, "sesungguhnya kata-kata yang lembut dan menarik akan dirindui oleh setiap hati dan disenangi oleh setiap jiwa."

Sumber :
Buku Bacalah dengan Nama Tuhanmu,
karangan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Friday, July 19, 2013
MEMPERKASAKAN PENGGUNAAN FROG-vle
SKBS telah melatih beberapa orang guru sebagai fasilitator yang akan membantu guru-guru yang lain untuk memantapkan penggunaan Frog-vle. Semoga dengan membentuk kumpulan-kumpulan yang kecil ianya akan lebih memberi kesan kepada penguasaan guru.
MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN 1434
Menyemarakkan lagi kehadiran Ramadhan tahun ini dengan bergotong royong membuat dan memasang kain rentang.
PROGRAM ANAK YATIM MEMBELI BELAH DI KUALA TERENGGANU
Pada 1/7/2013 SKBS telah mengadakan program membawa pelajar-pelajar yatim sekolah ini ke Maideen Mall untuk membeli pakaian sempena menyambut kehadiran AldilFitri. Semoga anak-anak ini ceria dengan sumbangan ini. Sumbangan didapati melalui kutipan dan derma daripada guru dan kakitangan serta bekas guru sekolah ini.
LAWATAN PENANDA ARAS B.INGGERIS DI SK PASIR PUTIH,MARANG
Pada 23 Jun 2013 guru-guru SK Bukit Sawa telah ke SK Pasir Putih untuk membuat lawatan penanda aras PdP Bahasa Inggeris. Terima Kasih SKPP
PERTANDINGAN KOIR KEBERSIHAN PERINGKAT DAERAH MARANG
03.07.2013 - Pertandingan koir ini telah diadakan di Dewan SK Marang, dan SK Bukit Sawa telah muncul Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah!!
Subscribe to:
Posts (Atom)